Thursday, March 15, 2012

Old School Cinta //// Chapter 1

Duit, check.
Buku-buku sekolah, check.
Jam tangan, check.
Telefon bimbit? Of course check!

Itulah barang-barang wanted yang aku bawa setiap hari ke sekolah. Semua pelajar pun bawa barang-barang sebegitu jadi semestianya aku, Qisra Qistina bt Roslant bawa juga! Boleh menangis kalau tak bawa telefon bimbit Galaxy S II aku yang dicemburui orang ramai tuu. 

"Mak, cantik tak Qisra hari ini?" Ini lah aku, Qisra. Orang kata yang aku ni budak perempuan yang agak insecure katakan, semuanya perlu kena dengan trend sekarang. Apa yang lepas, haruslah dilepaskan! Itulah motto hidupku.

Ibu memandang aku dan tersenyum, "Anak Mama cantik sangat, pergilah sekolah sekarang." Waheedah Juliana, Mama yang tersayang~ Ataupun boleh gelar dia sebagai Personal Assistant aku , PA terhebat di dunialah! Walaupun ayah telah meninggal dunia dalam kemalangan 10 tahun yang lalu, Mama tetap teguh hatinya. Hebat kan? Aku tak ingat ayah aku dengan baik kerana semasa kecil dulu Papa sentiasa berkerja luar tetapi aku yakin Papa adalah insan yang baik dan sayangi keluarganya. 

Setelah aku bersalam dengan Mama, aku keluar memakai kasut dan menunggang basikal ke sekolah seperti biasa. "Qisra~ Qisra~ Itulah namaku~" Aku teruskan menyanyi lagu itu sehinggalah telah sampai ke sekolah. Seperti biasa, kawan baik aku berdiri di pagar sekolah, situ pun dia!

"Amooooi! Hang mesej dengan siapa tu? Boyfriend ke?" Aku menepuk belakang dia, terkejut nampak. Xiao Mei, atau nama sampingannya, Mei, mendengus kuat. "Boyfriend? Buat apa saya ada boyfriend? Buat masa, hmpph!" Mei membalas dengan "accent" Cina pekat.

Aku tersengih, "Eleh, ni mesti gaduh dengan boyfriend you ehh ehh? Tak mengaku nampak. haha, ceritalah. Entah-entah aku boleh tolong ke. Aku kan Qisra!"

Mei menjeling ke arah aku. Nampak macam nak bunuh aku pun ada, nampaknya kena sengih lebih besar lagi. Ohhhh, silap langkah. "Qisra? Bukannya ada makna pun nama tuu!"

Aku mengeluh kuat, "Kan aku dah cerita hari tuu, Qisra ni nama yang hanya parents Qisra je tauu. Mei tak boleh tau!"

"Tapi kenapa? Saya ni kan best friend you? Bagi tahu je la! I boleh simpan rahsia maa." Ehh? Buat lawak pulak dia.

"Bila Lee Xiao Mei ni boleh simpan rahsia, hah? Baru semalam dia pecahkan rahsia si Syahirah, tentang...."

Pos Pertama, :)

Assalamualaikum, haha, errr, welcome ?
Haa, blog ni ... blog ni sudah pun direka~ haha, memang dari dulu teringin nak create blog bertujuan untuk tulis novel tersendiri kat sini. Mungkin teringin sebab boleh mantapkan lagi penggunaan Bahasa Melayu sye yang tak berapa bagus ni. and untuk hiburkan diri sendiri . :P

Kalau nak cakap Bahasa Melayu nih okay okay je, tak juga! Hahaha, hanya saya sorang sahajalah yang tahu betapa hancurnya~ jadi sebelum baca tuu, ambik perhatian yekkk. ^^ 

Ohya, lupa pula nak memperkenalkan diri. Nama : Intan Syazana Idris . Umur: 16 tahun . Rasanya info tuu sudah cukup kan? hehe ^^ Kalau nak kenal lebih2 lagi, silalah add Intan kat Facebook. Don't be shy! ^_^

Okay, I think that's all. Bye~